ELIA SUHANA di luar Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam selepas perbicaraan pengesahan cerai talak tiga terhadapnya ditangguhkan.
KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan 23 Mei depan untuk memutuskan sama ada menerima atau menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad bagi membatalkan lafaz cerai yang dibuat oleh baginda terhadapnya.
Hakim Syarie Abdullah Man ketika menetapkan tarikh itu memerintahkan pihak plaintif dan defendan dalam kes itu supaya mengemukakan afidavit bertulis kepada mahkamah pada atau sebelum 10 Mei.
Pada 21 Mac lalu, peguam yang mewakili Elia Suhana, 31, Fakhrul Azman Abu Hassan memfailkan permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan permohonan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap Elia Suhana yang difailkan seorang wanita Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, sebelum ini.
Sultan Kelantan didakwa telah menjatuhkan talak itu pada 12 Februari lalu.