Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 3 Mei 2010

Salah Siapa: Peniaga asing tidak peduli

peniaga wanita asing menjual sirih di Lebuh Pudu.



KUALA LUMPUR: 4 Mei- Warga asing di Lebuh Pudu di sini, tidak bimbang pihak berkuasa negara ini, apabila masih berani menolak kereta sorong dengan pelbagai barangan untuk pelanggan mereka yang berkunjung ke kawasan itu.

Mereka menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dengan menjual barangan keperluan warga asing seperti minuman, makanan dan sirih.

Tinjauan Harian Metro kelmarin, mendapati peniaga terbabit bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan menolak kereta sorong bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Kawasan terbabit sentiasa sesak dengan pekerja warga asing yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk berehat dan berkumpul bersama kawan-kawan, malah ada segelintir warga asing menonton filem asing di sebuah kedai cakera video digital (DVD) di sini.

Peniaga tempatan yang dikenali sebagai Amir, 45, berkata kawasan di sini sentiasa sibuk dengan warga asing pada hujung minggu. Menurutnya yang menjalankan perniagaan kedai runcit, berniaga di kawasan itu menjanjikan pendapatan berlipat ganda, tetapi dia masih risau keselamatan dan perniagaannya kerana kawasan itu dipenuhi warga asing.

“Saya boleh mendapat keuntungan berlipat ganda setiap hujung minggu kerana pelanggan memang ramai terdiri daripada warga asing dan tempatan.

“Bagaimanapun, saya berasa tidak selamat kerana dikelilingi terlalu ramai warga asing dan risau jika berlaku kecurian,” katanya.

Menurutnya, kawasan itu turut menjadi persinggahan popular kumpulan warga asing yang datang secara berkumpulan dan berpakaian tidak senonoh.

Sementara itu, Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya, Mohd Azmi Mohd Isa, berkata pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berkala di kawasan terbabit.

“Orang ramai dan peniaga tidak perlu gusar dan risau keselamatan mereka kerana pihak berkuasa termasuk polis dan imigresen sentiasa menjalankan pemantau di kawasan berkenaan.

“Mereka yang tidak mempunyai dokumen akan ditahan dan diambil tindakan sejurus ditangkap,” katanya ketika dihubungi, semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular