Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 26 Disember 2010

Harimau Malaya Baham Garuda

Norshahrul diasak dua pemain Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.


BUKIT JALIL:--HANYA 90 minit lagi memisahkan Malaysia untuk mencatat sejarah sebagai juara baru Piala Suzuki AFF apabila menenggelamkan cabaran Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

“Sejak dari awal saya memberitahu pemain supaya bersikap agresif kerana Indonesia pasukan yang kuat namun dihampakan kerana sentuhan penyudah yang kurang baik.

“Indonesia pula bangkit dengan semakin yakin terutamanya dengan kelincahan pemain sayap, Oktovianus Maniani yang banyak mengancam pertahanan Malaysia,” kata ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal selepas perlawanan itu.

Tambah jurulatih berusia 54 tahun itu beliau terus memberikan arahan kepada pemain supaya bermain agresif pada separuh masa kedua kerana sedar saingan final kedua di di Jakarta, Rabu ini, sangat sukar dan ini adalah peluang terbaik untuk mencari gol.

“Usaha pemain menekan pertahanan lawan akhirnya berhasil apabila Indonesia mula melakukan kesilapan dan kita melalui jaringan pembukaan Mohd Safee Sali dan seterusnya dua lagi gol selepas itu.

“Saya sendiri tidak menyangka akan mencatatkan kemenangan 3-0 namun sejak awal saya bersikap optimis kerana Indonesia pertama kali beraksi di luar republik itu sepanjang kejohanan ini berlangsung,” tambahnya.

Mengenai perlawanan akhir kedua di Jakarta, Rajagobal menjelaskan beliau tidak akan menggunakan corak permainan bertahan saja.

“Ketika kita menentang Vietnam di Hanoi, walaupun bertahan kami tetap mempunyai beberapa peluang pada separuh masa kedua namun gagal menjaringkan gol,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular