PENYERANG kebangsaam, Noorshahrul Idlan Talaha (kanan) cuba melepasi pemain pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur ketika beraksi pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.
SEBAHAGIAN daripada ribuan penyokong Malaysia membentuk "lautan kuning" dan Jalur Gemilang ketika hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia, di Kuala Lumpur
Skuad negara akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua.
Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan.
Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya laser ke arah pemaia.