Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 3 Februari 2011

Misbun tidak muncul

Misbun mengurut kaki Chong Wei selepas sesi latihan, baru-baru ini.



PERTEMUAN Datuk James Selvaraj dengan jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek yang dijangka berlangsung semalam tidak menjadi kenyataan apabila Pengarah Latihan Prestasi Tinggi itu mengesahkan belum bertemu Misbun.

Sehingga jam 9 malam tadi, James tidak dapat menghubungi Misbun untuk mengatur pertemuan penting itu. James berkata, dia sedia mendengar keluhan dan memberi pandangan jika diperlukan sebelum jurulatih itu bertemu Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh.

James berkata, dia mendapat tahu daripada Jalani Sidek bahawa Misbun mahu bertemunya untuk berkongsi pandangan sebelum bertemu Nadzmi untuk menyelesaikan isu peletakan jawatannya.

“Saya tidak kisah jika Misbun mahu bercakap dengan saya sebagai Pengarah Prestasi Tinggi BAM atau orang yang rapat dengan keluarga beliau,” kata James yang hanya mahu isu itu berakhir.

Hasrat Misbun bertemu James disuarakan pada hari terakhir Terbuka Malaysia, Ahad lalu dan beliau sudah menyatakan kesediaan untuk bertemu Misbun bila-bila masa.

Bagaimanapun, sehingga semalam, pertemuan yang dirancang belum menjadi kenyataan biarpun pada awalnya, mereka berjanji untuk berjumpa kelmarin. Kata James, beliau tidak pasti apa yang bermain di fikiran Misbun ketika ini, tapi sedia mendengar keluhan jurulatih itu.

“Minggu lalu Jalani beritahu ingin bawa Misbun berjumpa saya berkongsi pandangan dan masalah dan saya jawab sedia berjumpa mereka bila-bila masa sama ada sebagai kawan atau Pengarah Prestasi Tinggi BAM.

“Kami sepatutnya bertemu semalam (kelmarin) tetapi pertemuan tidak berlaku dan saya masih tertanya-tanya. Saya cuba menghubungi beliau tetapi gagal. Sekarang (semalam) saya masih menunggu panggilan dari beliau, saya benar-benar mahu membantu jika saya boleh,” kata James yang dihubungi semalam.

Menurut James, keakrabannya dengan keluarga Sidek mendorong beliau untuk berkongsi masalah yang dihadapi Misbun.

Hubungan rapat James dan keluarga Sidek diketahui umum, sejak zaman Misbun, Jalani, Razif dan Rashid masih bergelar pemain lagi. James menjadi pembantu jurulatih kepada Tan Yee Khan ketika membimbing Jalani-Razif muncul juara Seluruh England 1982.

James sendiri bekas pemain handalan negara sekitar 1970an dan dihormati anak-anak Sidek. Antara pencapaian hebat beliau adalah meraih gangsa pada Sukan SEA 1977, naib juara Piala Thomas 1976 di Bangkok dan gangsa sukan Komanwel 1978 di Edmonton.

Krisis Misbun dijangka berakhir sebaik jurulatih itu bertemu Nadzmi selepas ahli Majlis BAM yang bermesyuarat minggu lalu, sebulat suara memberi mandat penuh kepada presiden mereka untuk membuat keputusan hasil rundingan dengan Misbun.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular