Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 21 April 2011

Benjy masuk ICU, perbicaraan diteruskan

IMBAS: Pelakon Benjy (kiri) bersama seorang rakan tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes dadah yang dihadapinya, di Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Benjy, yang menghadapi dua tuduhan memiliki dadah diteruskan di Mahkamah Majistret di sini hari ini walaupun dia tidak hadir kerana dikatakan tenat dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta.

Majistret Hafizza Sauni memutuskan untuk meneruskan prosiding itu dengan memanggil saksi-saksi yang tidak memerlukan sesi pengecaman daripada tertuduh.

Mahkamah sebelum ini menangguhkan perbicaraan selepas pelakon itu dikatakan tidak sihat dan sedang mendapat rawatan di Hospital Pakar Damansara.
Dalam prosiding hari ini, peguam Amer Hamzah Arshad memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya itu dalam keadaan tenat dan dirawat di ICU di hospital itu sejak semalam kerana serangan asma.

"Saya dimaklumkan oleh ibu Benjy, yang juga penjamin, bahawa tertuduh semakin tenat dan dimasukkan ke wad ICU semalam, bagaimanapun tertuduh memberitahu dan memberikan arahan kepada saya untuk tetap meneruskan prosiding setakat mana yang boleh tanpa kehadirannya," kata Amer Hamzah.

Benjy, 33, didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram di sebuah rumah di Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini, pada jam 4 petang 11 Mac tahun lalu.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah di Vista Mutiara Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini, pada jam 3 petang hari yang sama.
Pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman sehingga penjara lima tahun, atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding hari ini, saksi kedua pendakwaan, ahli kimia, Maimunah Sulaiman, 51, memberitahu mahkamah bahawa melalui beberapa ujian yang dijalankan, terdapat serbuk kristal jenis Amphetamine pada bahan yang diserahkan oleh polis.

Katanya, ujian yang dilakukan selama dua hari itu menunjukkan berat bersih dadah itu adalah 0.14 gram dan 0.24 gram yang dikelaskan dalam jadual 1 mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Perbicaraan disambung 11 Mei ini. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular