Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 2 Mei 2011

Jelang PR Singapura: Tolak badan bantu diri berasas kaum

Encik Mohd Isa Abdul Aziz, anggota pasukan SDP yang bertanding di GRC Sembawang, memberi ucapan di Commonwealth Avenue semalam.




SINGAPURA - Calon Parti Demokratik Singapura (SDP) bagi GRC Sembawang, Dr James Gomez, mahu badan bantu diri yang berasaskan kaum dihapuskan dan digantikan dengan badan bantu diri di peringkat nasional.

Berucap di rapat SDP di Commonwealth Avenue malam tadi, Dr Gomez berkata walaupun semangat bantu diri ini baik, ia hanya memisahkan warga Singapura berasaskan kaum tanpa integrasi yang kukuh.

Menurutnya, bukan saja dasar badan bantu diri, malah sistem kuota HDB yang berasaskan kaum juga telah merosakkan dasar perpaduan negara.

Beliau turut mempersoalkan kenapa tiada kuota berasaskan kaum bagi perumahan privet dan hartanah komersial. Ini, menurutnya, hanya satu dasar diskriminasi yang jelas diamalkan oleh pemerintah.

Encik Gomez berkata dasar pemerintah yang memerlukan setiap warga Singapura menyatakan kaum mereka dalam kad pengenalan juga memisahkan lebih jauh usaha integrasi di kalangan warga.

Beliau menambah warga Singapura perlu diberi kebebasan untuk memilih identiti diri mereka.

Menurutnya, dasar yang dilaksanakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) adalah warisan penjajah yang secara jelas mahu memisahkan kaum di negara yang dijajahnya. Menerusi dasar-dasar yang diwarisi daripada penjajah, PAP telah menghancurkan dasar pelbagai budaya.

Malah, menurutnya lagi, beliau perlu memohon sijil minoriti untuk bertanding dalam pilihan raya. Tetapi bagi SMC, calon-calon tidak perlu berbuat demikian.

Oleh itu, beliau menyifatkan sistem GRC boleh memisahkan kaum di Singapura dan tidak seharusnya diamalkan di sini.

Seorang lagi calon SDP bagi GRC Holland-Bukit Timah, Dr Ang Yong Guan, pula menasihatkan para pengundi agar tidak takut untuk mengundi pembangkang.

Sebagai seorang psikiatris, beliau berkata rasa takut ini harus dibuang kerana nombor bersiri yang ada pada kertas mengundi akan dibakar enam bulan selepas pilihan raya umum.

'Ramai yang takut mengundi pembangkang kerana nombor bersiri ini. Nombor bersiri ini bertujuan melindungi kita.

'Jika tiada nombor bersiri, kemungkinan ada kertas undi tambahan yang ditambah dalam undi. Semasa kertas undi dibakar, parti-parti pembangkang menjadi saksi,' ujar Dr Ang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular