Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 25 Mei 2011

PBPM Sangkal dakwaan

IMBAS: Dari kiri Nazir, Syed dan Zahar menunjukkan laporan polis dan surat pengesahan jawatan.




KUALA LUMPUR - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) menyangkal dakwaan beberapa individu yang menyatakan persatuan itu terbabit menganjurkan Kursus Asas Pengiring Orang Kenamaan dan menjanjikan pekerjaan sebagai pengiring orang kenamaan sebaik menamatkan kursus.

Dakwaan itu timbul berikutan pendedahan 27 individu menyertai kursus berkenaan yang menyatakan ia dianjurkan sebuah syarikat keselamatan milik persatuan bekas polis.

Syarikat berkenaan juga meminta individu yang ingin menyertai kursus berkenaan supaya membayar wang yuran berjumlah RM 2,000 kononnya digunakan untuk yuran pendaftaran dan kos penginapan sepanjang kursus dijalankan.

Presiden PBPM, Shafie Bakri berkata, persatuan itu tidak pernah memiliki syarikat kawalan keselamatan seperti yang didakwa selain tidak menganjurkan kursus itu.

“Tindakan individu atau syarikat menggunakan nama persatuan untuk menganjurkan kursus berkenaan adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan mencemarkan nama baik persatuan.

“Saya pasti syarikat berkenaan menggunakan nama PBPM bertujuan meyakinkan orang ramai untuk menyertai kursus dianjurkan dan membolehkan mereka menerima wang RM2,000 sebagai wang yuran dan kos penginapan,” katanya.

Shafie turut melahirkan rasa kecewa kerana masih terdapat individu yang begitu mudah terpedaya dengan janji dan tawaran dari pihak tertentu tanpa merujuk terlebih dulu kepada PBPM.

“Saya simpati dengan nasib yang menimpa 27 individu yang ditipu syarikat berkenaan dan berharap kejadian menjadi iktibar kepada masyarakat supaya tidak mudah tertipu.

“Saya nasihatkan sesiapa yang didatangi individu atau syarikat yang mengaku dari PBPM dan menawarkan pelbagai tawaran untuk menyertai kursus atau program supaya merujuk kepada persatuan terlebih dulu,” katanya dalam sidang media di Pejabat Persatuan Bekas Polis Malaysia, di sini, semalam. Katanya, individu yang mendakwa ditipu syarikat berkenaan diminta tampil ke pejabat PBPM.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular