Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 25 Mei 2011

Polis Singapura pelanggan urut




KLUANG - Seorang pegawai polis Singapura berpangkat deputi supritendan ialah antara pelanggan yang disoal siasat Jabatan Imigresen negeri dalam serbuan di pusat urut yang dipercayai turut menawarkan aktiviti tidak bermoral, di sini semalam.

Pegawai polis itu disoal dalam serbuan 'Ops Sayang' yang antaranya bertujuan menahan warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pekerja asing tanpa permit di pusat urut yang dikatakan turut menawarkan perkhidmatan urutan batin dan seks.

Bagaimanapun, pegawai lelaki berusia lingkungan 40-an itu dibebaskan setelah keterangannya diambil.

Dalam operasi yang bermula pukul 4 hingga 6 petang di pusat bandar ini, dua pusat urut diserbu hasil maklumat awam dan risikan.

Difahamkan, pusat urut yang dilanggan pegawai polis dari Singapura itu menggunakan permit palsu sekali gus menguatkan lagi sangkaan yang premis tersebut menawarkan perkhidmatan tidak bermoral.

Timbalan Penolong Pengarah (II) Jabatan Imigresen negeri, Amzari A. Jalil berkata, seramai lima wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam serbuan itu.

Katanya, kesemua wanita terbabit ditahan di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas, Pontian dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesalahan yang dikesan antaranya menyalahgunakan pas lawatan, tinggal di negara ini melebihi masa ditetapkan dan menggunakan pasport palsu.

Amzari berkata, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an dipercayai majikan premis tersebut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular