Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 21 Jun 2011

3 sekolah agama sebar Salafiah Jihadiah ditutup






KUALA LUMPUR - Tiga buah sekolah agama di seluruh negara telah ditutup selepas dikesan menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah iaitu merekrut pelajar untuk terlibat dalam kegiatan militan Jemaah Islamiah (JI) bagi melancarkan jihad perang ke atas kerajaan yang didakwa tidak Islamik.

Salah sebuah sekolah agama yang terlibat adalah Sekolah Agama Luqmanul Hakiem di Ulu Tiram, Johor yang diasaskan pemimpin JI, Ali Ghufron atau dikenali sebagai Mukhlas, telah ditutup pada 2002.

Menurut sumber polis, anak lelaki Muhamad Iqbal @ Abu Jibril, pemimpin JI yang dikenali sebagai Mohd. Jibril merupakan anggota kumpulan Al-Guraba JI yang dibentuk bagi melahirkan pemimpin pelapis JI, pernah belajar di sekolah agama tersebut.

"Seramai 15 anggota kumpulan sel Al-Guraba, JI ini termasuk 13 pelajar Sekolah Luqmanul Hakiem yang kebanyakannya anak-anak anggota JI ditahan di Pakistan tahun 2003," kata sumber itu.

Media sebelum ini mendedahkan pengakuan seorang pelajar sebuah sekolah agama di Tampin, Negeri Sembilan yang mengaku diminta berbaiah untuk menyimpan rahsia kegiatan gerakan itu untuk menjatuhkan kerajaan menerusi jihad.

Selain diminta baiah, pelajar yang dikenali sebagai Ahmad, 18, turut mendakwa mereka diajar menyertai perhimpunan haram menentang polis.

Selain itu, kata sumber tersebut, Sekolah Agama al-Quran Waddin di Bandar Baru Uda, Johor Bharu yang diasaskan anggota kanan JI telah ditutup pada tahun 2009.

Sebuah lagi sekolah agama yang baru ditutup pada tahun lalu adalah Sekolah Raudhatul Muwahidun, Kelantan yang diasaskan oleh beberapa anggota kumpulan kecil JI 'Tanzdim Al-Qaeda Asia Tenggara' yang merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kata sumber itu, tiga graduan UTM, Johor pernah ditahan di Thailand kerana terlibat dalam kegiatan militan di negara itu. Dua daripada mereka telah dijatuhkan hukuman penjara 28 tahun kerana terlibat dalam aktiviti keganasan di selatan Thailand manakala seorang lagi dibebaskan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular