Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 21 Jun 2011

Amah Indonesia bakal dapat perlindungan insurans




KUALA LUMPUR - Dengan bayaran serendah RM70 setahun, pembantu rumah Indonesia bakal mendapat perlindungan dan layak menerima pampasan sehingga RM40,000 sahaja jika ditimpa kemalangan ketika berkhidmat apabila skim insurans untuk mereka diperkenalkan tidak lama lagi.

Dua syarikat insuran Etiqa Takaful Bhd dan Takaful Ikhlas akan menawarkan beberapa faedah kepada pembantu rumah Indonesia termasuk khairat kematian, bayaran bil hospital dan kos perubatan di bawah skim itu yang dilaksanakan di bawah Program Hal Ehwal Pembantu Rumah (Helper).

Pengerusi Saba Islamic Domestic Help Advisory (SAIDHA), Sabariah Abdullah, berkata perlindungan insurans tersebut mendapat kerjasama daripada Kedutaan Indonesia di sini dan kerajaan Malaysia serta disokong oleh 33 badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Jemaah Islam Malaysia (JIM).

"Insurans ini dibiayai oleh majikan," katanya selepas majlis pelancaran program Helper dan menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara SAIDHA, Kedutaan Indonesia dan rakan-rakan strategik.

Beliau berkata, program insurans ini yang akan dilaksanakan tidak lama lagi turut melibatkan dua institusi kewangan, Maybank Bhd dan CIMB Bhd bagi memudahkan pembayaran gaji pembantu rumah dibuat setiap bulan.

Turut hadir Atase Ketenagakerjaan Kedutaan Indonesia di sini Agus Triyanto dan Presiden Amah Malaysia (MAMA), Engku Fauzi Engku Muhsein.

Sementara itu, Engku Fauzi berkata, pihaknya menyokong penuh usaha itu sebagai tanda tanggungjawab berdasarkan kontrak kerja antara majikan dan pembantu rumah.
"Kebanyakan majikan tidak mengetahui hak mereka. MAMA berperanan sebagai platform untuk majikan menyuarakan hak mereka dan mengadukan masalah berkaitan pembantu rumah," katanya.

Program Helper yang diumumkan pada 10 Jun lalu, berperanan bagi memperbaiki mutu kerja dan tahap perkhidmatan pembantu rumah dari Indonesia melalui program orientasi dan latihan amali selain memantau keselamatan pembantu rumah dengan mengaplikasikan kaedah pemantauan keganasan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular