Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 20 Jun 2011

Ambulans terbalik: Wanita mengandung cedera





SUNGAI PETANI – Seorang wanita sarat mengandung cedera ringan apabila ambulans yang membawa beliau dan seorang lagi pesakit terbalik dirempuh sebuah kereta di persimpangan Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Sungai Petani Utara di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada 8.45 pagi ketika ambulans itu dalam perjalanan membawa pesakit berkenaan dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Seorang pembantu kesihatan dan pemandu ambulans itu juga cedera ringan, kata Pengarah HSAH, Dr Harif Fadzilah Che Hashim.

Menurutnya semasa hendak memasuki persimpangan Plaza Tol Sungai Petani Utara, sebuah kereta dari arah Sungai Lalang merempuh ambulans itu menyebabkan pemandu ambulans hilang kawalan lalu terbabas sebelum kenderaan itu terbalik.

Beliau berkata, kedua-dua pesakit itu kemudian dibawa ke HSAH dengan ambulans lain.

"Kandungan wanita itu selamat,” kata Dr Harif Fadzilah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular