Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 17 Jun 2011

Anak perempuan PM bertunang

NOORYANA bersalaman dengan Tuanku Mizan sambil disaksikan Tuanku Nur Zahirah, Sultan Ahmad Shah, Sultanah Kalsom, Najib dan Rosmah pada majlis pertunangannya dengan Daniyar ( gambar kecil) di Seri Perdana, malam tadi.



KUALA LUMPUR - Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev pada satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.

Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka selain kenamaan dari Malaysia dan luar negara.

Antaranya, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah; Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Tun Abdullah Ahmad Badawi; menteri kabinet; timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan pusat dan negeri.

Hadir sama, ibu Najib, Tun Rahah Mohamad Noah.

Kenamaan asing yang turut hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan isteri, Sheikha Salam Hamdan Al Nahyan serta Pengerusi Medina Council, Putera Saud Abdulaziz Al-Saud.

Nooryana Najwa, 22, adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat manakala Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.
Pasangan berkenaan bertemu ketika menuntut di Amerika Syarikat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular