Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 17 Jun 2011

Aneh: ‘Pokok senyum’ keluar susu 1 kg





WANG TEPUS - Bagaikan tidak percaya, tetapi itulah kenyataannya apabila wartawan sendiri berkesempatan melihat sendiri pohon getah yang mempunyai wajah seakan manusia di kawasan tanaman getah di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus.

Biarpun kawasan itu terletak lebih 200 meter dari kaki bukit dengan ketinggian yang agak curam, namun bagi melihat kebenaran yang digambarkan si penoreh yang mengusahakan tanaman getah itu, wartawan tekad mendaki bersama penduduk kampung itu.

Mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke kawasan yang dimaksudkan, akhirnya berjaya melihat sendiri sebatang pokok getah yang mempunyai wajah seakan manusia itu.

Ternyata pokok getah yang digelar ‘pokok senyum’ oleh penoreh, Zulkefly Baharom, 50, dan isterinya, Ruziah Mohd Salleh, 49, memang benar.

Zulkefly yang juga pesara tentera berkata, sebelum ini kawasan tanaman getah yang mempunyai lebih 100 pokok itu ditinggalkan tanpa ditoreh sejak dua bulan lalu.

Bagaimanapun, sejak sebulan lalu dia dan isteri mengambil keputusan untuk mengusahakan kebun getah milik bapa saudara mereka itu daripada terus terbiar sebelum ia ditebang dalam masa terdekat bagi tujuan tanaman semula.

Menurutnya, biarpun sudah masuk sebulan menoreh, namun ia hanya disedari selepas seminggu mereka mengusahakan tanaman itu dan suatu yang tidak dijangka apabila kebetulan pula hasil susu getah yang keluar dari pokok itu juga lebih banyak dari yang lain.

Menceritakan kembali bagaimana mereka boleh menyedari wajah seakan manusia di pokok itu, Ruziah berkata, selepas seminggu mula menoreh di situ, dia tersedar dengan kewujudan pokok senyum itu apabila terpandang ke arah pokok itu dengan lebih teliti.

Menurutnya, jika sebelum ini dia dan suami hanya menoreh tanpa sempat membelek-belek pokok itu, namun kebetulan pada masa itu terdetik untuk mendongak sehingga ke atas pokok itu.

“Terkejut saya apabila tiba-tiba ternampak ada satu wajah seakan manusia pada batang pokok getah yang sedang ditoreh lalu saya menjerit memanggil suami untuk melihatnya,” katanya.

Zulkefly berkata, sebelum ini dia tidak pernah melihat pokok yang menyerupai wajah manusia seperti itu malah lengkap dengan bentuk mata, hidung dan mulut.

Menurutnya, setiap hari pokok getah itu mampu mengeluarkan hampir sekilogram susu getah berbanding hasil pokok yang lain.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular