Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 3 Jun 2011

Ayah cuba cabul anak perempuan usia 14 tahun



KUALA KLAWANG - Seorang bapa berusia 44 tahun didakwa di Mahkmah Majistret Jelebu atas tuduhan cuba mencabul anak perempuannya yang berusia 14 tahun.

Tertuduh Mohd Azlan Ab Latif didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada 2 Mei 2011 kira-kira jam 1.45 pagi di rumah bernombor 44, Kampung Terian, Kuala Klawang.

Ketika kejadian, Mohd Azlan didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat menjatuhkan maruah anak perempuannya itu.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga isteri tertuduh membuat laporan polis setelah mendengar jeritan anaknya kira-kira jam 1.45 pagi. Ketika itu, tertuduh didapati berada di bilik gadis berkenaan dan hanya berpakaian seluar dalam sahaja.

Gadis berkenaan memberitahu pengadu bahawa Mohd Azlan berniat merogolnya. Laporan polis dibuat sejurus selepas itu polis berjaya menahan tertuduh pada 2 Mei 2011 kira-kira jam 3.30 pagi.

Hasil siasatan dijalankan, tertuduh mengaku tidak ingat apa yang dilakukan kerana dalam keadaan mabuk.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Majistret Mageswary Munniandy menetapkan tarikh 7 Julai 2011 bagi sebutan semula kes.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan seksaan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular