Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 19 Jun 2011

BERSIH Akan Diminta Batal Perhimpunan, Jika Pilihan Raya Adil, Kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim.





SHAH ALAM -- Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan diminta membatalkan rancangan perhimpunan haram pada 9 Julai jika Perdana Menteri memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sanggup meminta pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga membatalkan hasrat itu 'esok juga' jika Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan jaminan tersebut.

"Jika Perdana Menteri dapat jamin pilihan raya serta senarai daftar pemilih yang bersih dan adil, maka kita tidak perlu ada perarakan besar-besaran," kata Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada konvensyen pilihan raya parti itu, di sini, Ahad.

Katanya beliau kesal dengan sikap pihak tertentu yang menuduh beliau merancang perhimpunan itu.

BERSIH merancang perhimpunan haram itu kononnya bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil, termasuk pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular