Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 17 Jun 2011

Bomoh Siam lolos ke Thailand

IMBAS: Rumah inilah yang didiami Kah Yah di Kampung Pulau Rusa, Merchang, Kuala Terengganu, tempat Faizal dirawat sehingga menemui ajal malam kelmarin.




KUALA TERENGGANU – Seorang bomoh wanita Siam yang dicari bagi membantu siasatan mengenai seorang pemuda yang meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan pelik daripadanya disyaki berjaya meloloskan diri ke Thailand.

Menurut sumber, wanita yang dikenali sebagai Kak Yah, 43, bertindak pantas apabila sempat menghubungi seseorang dipercayai suaminya, seorang lelaki tempatan dari Rantau Panjang sebaik ahli keluarga mangsa bergegas menghantar pemuda itu ke hospital.

“Berdasarkan risikan, wanita itu telah melarikan diri ke Thailand dengan menaiki sejenis kenderaan yang dipandu suaminya ke Thailand. Kita turut memeriksa rumah suaminya di Rantau Panjang tetapi lelaki tersebut juga telah melarikan diri.

“Apa yang kita lakukan sekarang ialah meminta kerjasama daripada pihak berkuasa negara jiran itu untuk mengesan suspek bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut,” katanya kepada wartawan semalam.

Semalam media melaporkan, seorang pemuda, Faizal Harun, 26, yang didakwa mengalami penyakit ganjil menemui ajal dalam keadaan tragis apabila dipaksa menjalani beberapa ritual selama empat jam dalam keadaan berbaring dengan mulut disuruh menggigit sebilah pisau.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular