Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 23 Jun 2011

Budak rindu ibu bolos sempadan

DUA kanak-kanak warga Myanmar, Han Sen Tan, 6 (kanan), dan Ton Lin Mon, 4, antara 21 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang ditahan di Chuping, Perlis, malam kelmarin




KANGAR - Dua beradik lelaki warga Myanmar berusia empat dan enam tahun sanggup membolosi pagar sempadan negara, di sini semata-mata untuk melepaskan rindu kepada ibu kandung mereka yang berada di Kuala Lumpur, berikutan sudah lebih tiga tahun terpisah.

Kedua-dua kanak-kanak itu masuk ke negara ini melalui pagar sempadan berhampiran ladang tebu Chuping, di sini dengan ditemani bapa mereka berusia 45, yang pernah dua kali membolosi sempadan secara haram sebelum ini.

Berdasarkan maklumat, kedua-dua beradik itu dikatakan membayar RM1,000 setiap seorang kepada tekong darat untuk menguruskan pergerakan mereka selepas merentasi sempadan, manakala bapa mereka pula dikenakan RM2,500.

Bagaimanapun, hasrat tiga beranak itu tidak kesampaian selepas mereka ditahan bersama 18 warga Myanmar lain dalam satu serbuan di sekitar ladang tebu Chuping, di sini, kira-kira jam 10.45 malam kelmarin.

Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abdul Rahman, berkata ketika ditahan dua kanak-kanak itu keletihan dan kelaparan selepas terpaksa berjalan kaki kira-kira dua jam merentasi kawasan ladang dari pagar sempadan menghala Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), di sini.

Berdasarkan maklumat, katanya, bapa kanak-kanak itu yang boleh berbahasa Melayu pernah membolosi sempadan Malaysia-Thailand selama dua kali sebelum ini.

“Dia yang bekerja secara haram sebelum ini pulang ke Myanmar untuk membawa dua anaknya itu ke Kuala Lumpur, atas permintaan isterinya yang bekerja sebagai tukang masak di Kuala Lumpur, yang sangat merindui mereka selepas lebih tiga tahun tidak bertemu,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular