Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 17 Jun 2011

Cabul remaja: Pelakon akan hantar representasi

Mokhtaruddin Mohd. Saaid





KUALA LUMPUR - Pelakon popular era 70-an dan 80-an, Mokhtaruddin Mohd. Saaid akan menghantar surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung tuduhan mencabul kehormatan seorang remaja berusia 13 tahun yang dihadapi artis itu pada bulan lalu.

Peguam bela yang mewakili Mokhtaruddin, S. S. Dev memaklumkan kepada Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini, bahawa pihaknya akan mengemukakan surat tersebut sebaik sahaja menerima dokumen berkaitan kes itu daripada pihak pendakwaan.

Sehubungan itu, Majistret Muhammad Najib Ismail menetapkan sebutan semula kes pada 29 Julai ini untuk serahan dokumen.

Pelakon yang pernah dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia menerusi filem Pasung Puaka dan Pertentangan pada 1980 dan 1984 itu hadir ke prosiding hari ini dengan ditemani dua saudara terdekatnya.

Mokhtaruddin, 56, yang memakai baju batik kuning dan bersongkok hitam terpaksa dipimpin tangan untuk menuju ke kandang tertuduh sewaktu kesnya dipanggil oleh mahkamah kerana mengalami masalah penglihatan kerana katarak sejak sembilan tahun lalu.

Ketika pertama kali didakwa, artis lelaki berkenaan mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan remaja terbabit dengan cara mencium pipi dan memeluk pinggang mangsa di Asrama Raudhah, Batu 11 Gombak, dekat sini kira-kira pukul 2.30 petang, 1 Mei lalu.

Mangsa merupakan salah seorang penghuni Pondok Penyayang Raudhah yang mana tertuduh merupakan pengasas kepada rumah perlindungan remaja bermasalah itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah mengemukakan pertuduhan terhadap bekas jurulatih silat itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut.

Bagaimanapun, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular