Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 19 Jun 2011

Cerita anak Allahyarham Datuk Sosilawati

FOTO: anak Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya Dekritawati Yuliana Buhari.




KUALA LUMPUR - Erni Rineelawati Buhari, 21, anak Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya berhasrat ingin memiliki sebuah kedai bakeri atau kek satu hari nanti semata-mata didorong oleh ingatannya yang tidak pernah padam buat ibu tercinta. Dia membesar dengan air tangan ibunya.

Selain itu, katanya, sejak kecil dia menggemari kek dan atas sebab itu mahu merealisasikan hasratnya dalam beberapa tahun lagi untuk memiliki kedai sendiri.

Erni beranggapan bukan mudah menggapai impian itu tanpa insan tersayang namun dia perlu menguatkan semangat supaya tidak lalai, justeru usia remaja dikecapinya disifatkan sebagai fasa paling sesuai menimba sebanyak mana pengalaman.

Biarpun sibuk di pejabat dengan tugas rutin sebagai eksekutif pentadbiran, gadis ini sempat mencuri masa meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan pengetahuan.

“Menerusi Program Jarak Jauh (PJJ) yang saya ikuti, hanya sebulan sekali atau dua kali saya ke universiti. Selebihnya belajar melalui ‘sidang video’ (video conference) atau pelbagai pendekatan lain digunakan untuk komunikasi dengan pensyarah. Walaupun sibuk menelaah dan tugas harian, saya harus bijak mengurus masa.

“Walaupun bekerja dengan keluarga, saya anggap ia proses pembelajaran terbaik dan harus menapak perlahan-lahan dari bawah,” katanya.

Mesra dengan sapaan Rinee, antara perkara disemai ibunya dan menjadi amalan gadis ini adalah bijak mengurus kewangan.

Berikutan itu, katanya, setiap bulan duit gajinya diagih untuk simpanan sebanyak RM1,000 kerana daripada situ dia yakin dapat memanfaatkannya untuk membina empayar niaganya kelak.

Dia akui bersederhana dan tidak boros berbelanja kerana bajet bulanannya sentiasa dikawal rapi dengan mendisiplinkan diri.

Kesederhanaannya jelas terlihat apabila dia tidak bermewah daripada segi belanjawan pakaian bulanannya asalkan sesuai dan menarik untuk dipakai.

“Saya jarang berbelanja atau membeli pakaian kerana selama ini emak yang belikan. Bila emak tiada, kakak sulung lakukan perkara sama buat saya dan adik. Cuma kalau ada majlis tertentu dan teringin sangat hendak beli baju baru, saya keluarkan bajet sendiri dalam sebulan lebih kurang RM300.

“Daripada segi perbelanjaan kereta pula, duit minyak kira-kira RM300 sebulan tetapi belanjawan lain selalunya atas pengurusan syarikat. Dari situ dapatlah saya agihkan pendapatan bulanan secara berhemah.

“Walaupun ada orang kata mungkin hidup saya dilimpahi kemewahan memandangkan saya anak jutawan, tidak semestinya saya boros berbelanja. Kalaupun ada, sesekali berhibur bersama adik-beradik ke karaoke, menonton wayang, main badminton atau boling,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular