Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 3 Jun 2011

Gadis 21, dilarikan duda 4 anak


MUAR - Seorang bapa melahirkan rasa kecewa dengan tindakan bakal menantu yang hanya dikenali sebagai Boy, 40an, kerana membawa lari anak perempuannya, Massita Azura, 21, sejak Julai, tahun lalu.

Bapa malang, Kamaruddin Mohd Jam, 58, berkata, meskipun berasa sedih dengan perkara itu dia tidak pernah berputus asa dan sehingga kini terus berusaha mencari anak perempuannya.

Menurutnya, lebih menyedihkan apabila anak perempuan ketujuh daripada lapan beradik itu dilarikan 12 hari sebelum majlis perkahwinannya yang sepatutnya dilangsungkan pada tahun lalu.

“Sebelum kejadian, Boy yang juga duda empat anak telah datang menemui saya dan keluarga sambil meminta izin untuk membawa Massita keluar bersiar-siar.

“Meskipun kedatangannya pada kali ini agak diragui kerana kelihatan sedikit pelik dan agak kelam kabut tetapi saya tidak berprasangka buruk terhadapnya,” katanya kepada wartawan.

Kamaruddin berkata, alasan yang diberikan Boy juga tidak munasabah kerana dia ingin membawa Massita bersiar-siar di samping ingin menyerahkan sendiri belanja kahwin kepada Massita dan bukan kepadanya.

“Tidak lama kemudian, isteri memberitahu bahawa Massita keluar rumah dengan membawa semua pakaiannya.

“Lebih mengejutkan apabila mendapati pakaian yang bakal digunakan semasa majlis pernikahan turut dibawa,” katanya.

Menurutnya, dia pernah cuba menghubungi Massita beberapa kali namun gagal malahan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim juga tidak berbalas sehingga kini.

“Usaha saya tidak terhenti begitu sahaja, malahan turut mencari Massita dan Boy hingga ke Lembah Klang dan Johor tetapi gagal menemui mereka.

“Saya turut dimaklumkan sudah berkahwin di Kuala Terengganu dengan lelaki berkenaan beberapa bulan selepas itu,” katanya.

Kamaruddin berkata, dia sanggup memaafkan kesalahan Massita dan Boy meskipun tindakan mereka telah memalukan keluarga.

“Saya merayu agar mereka dapat melupakan masalah ini dan segera pulang ke pangkuan keluarga dalam masa terdekat ini,” katanya.

Difahamkan, laporan polis sudah dibuat Kamaruddin dan dia meminta kepada orang ramai yang mengenali Massita segera menghubunginya di talian 0126668044 atau 0177955916.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular