Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 20 Jun 2011

Gila Talak: Janda muda parah ditikam

Di tempat letak kereta pasar raya inilah Hazita parah akibat ditikam berkali-kali dengan gunting didakwa oleh bekas suaminya di Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Seorang janda muda cedera parah selepas dikelar dan ditikam berkali-kali di muka, kepala dan leher dengan gunting dipercayai oleh bekas suaminya dalam satu pergaduhan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di sini semalam.

Kejadian pukul 4 petang itu berlaku apabila Hazita Mohamad (gambar), 27, enggan menuruti permintaan bekas suaminya, 29, supaya kembali semula kepadanya. Ekoran itu, pelajar dandanan rambut itu cedera parah dan keadaannya dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sebelum itu, bekas suami mangsa dikatakan telah mengekori kereta yang dipandu wanita tersebut hingga ke pasar raya berkenaan.

Katanya, sebaik tiba di tempat letak kereta, suspek telah menerpa masuk ke dalam kereta mangsa lalu berlaku pergelutan. "Mangsa telah dikelar di muka dan ditikam di kiri dan kanan leher serta belakang kepala dengan gunting. "Suspek kemudian melarikan diri selepas orang ramai cuba meleraikan pergaduhan tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, siasatan awal pihaknya mendapati punca pergaduhan itu ialah kerana suspek naik berang selepas permintaannya untuk rujuk ditolak mentah-mentah oleh mangsa. Menurut Azham, pihaknya telah mengenal pasti identiti suspek yang bekerja sebagai pembantu hospital itu dan yakin dia akan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera.

Sementara itu kakak mangsa, Hazlina, 30, yang ditemui di HRPZ II memberitahu, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi pihak hospital 15 minit kemudian.

Katanya, adiknya telah bercerai dengan bekas suaminya pada tahun lalu setelah berkahwin selama tujuh tahun. "Saya pun tidak pasti punca perceraian mereka, mungkin disebabkan cemburu," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular