Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 22 Jun 2011

Isteri dimadu perlu insentif poligami

Norsaleha Mohd Salleh.





SHAH ALAM – Bukan lelaki tetapi wanita yang lebih berhak menerima insentif poligami yang dicadangkan Kerajaan Kelantan.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Norsaleha Mohd Salleh berkata, meskipun pihaknya menyambut baik cadangan pemberian insentif itu namun beberapa persoalan yang mungkin timbul harus diambil kira.

“Antaranya, sejauh mana suami memanfaatkan insentif yang diberikan? Jika insentif diberikan kepada suami saja, adakah ia mampu menyelesaikan krisis kewangan yang mereka hadapi ?” katanya.

Selain itu, kata Norsaleha, isu bagaimana bentuk insentif itu juga masih menjadi persoalan.
“Apakah kriteria penerima dan adakah lelaki benar-benar menggunakannya untuk tujuan poligami?,” katanya.

Berikutan itu, Norsaleha berkata, beliau berpendapat adalah lebih baik ia diberikan kepada isteri yang dimadukan.

“Saya kira mereka berhak mendapat imbuhan sebagai tasliah atau hiburan terhadap tekanan atau kesedihan yang dialami,” katanya.

Selain itu, Norsaleha yang juga pensyarah di Jabatan Usuluddin, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) berkata, dalam hal ini, hak suami dan isteri sama-sama perlu dipelihara.

“Sensitiviti kaum wanita juga perlu dijaga. Dalam hal ini, mungkin ada yang beranggapan insentif begini menggalakkan suami berpoligami. Tanggapan salah ini perlu diperbetulkan.

“Sebagai wanita, tidak boleh cepat melatah dalam hal poligami. Namun, yang menimbulkan persepsi negatif terhadap poligami berpunca daripada pelaksanaan poligami sendiri oleh kebanyakan suami yang tidak menepati prinsip dan disiplin yang dibenarkan menurut syariat Islam,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular