Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 22 Jun 2011

Kadar perkahwinan S'pura tahun lalu terendah dalam sejarah





SINGAPURA- Singapura mencatat sejarah apabila kadar perkahwinan negara merosot ke paras terendah tahun lalu.

Ini kerana, lebih ramai lelaki dan wanita memilih hidup membujang dan tidak mendirikan rumah tangga.

Perangkaan terkini yang dikeluarkan Jabatan Statistiks (DOS) semalam menunjukkan 39.4 perkahwinan dicatatkan tahun lalu bagi setiap 1,000 lelaki yang belum berkahwin.

Kadar itu adalah sekitar empat peratusan mata lebih rendah berbanding 43.6 perkahwinan yang dicatatkan pada 2009.

Kadar penurunan hampir serupa turut dapat dilihat bagi kaum wanita, dengan 37.2 perkahwinan dicatatkan tahun lalu bagi setiap 1,000 wanita yang belum berkahwin berbanding 41.1 pada 2009.

Pada keseluruhannya, 24,363 perkahwinan direkodkan tahun lalu, berbanding 26,081 pada 2009.

Jumlah perkahwinan di kalangan pasangan Islam bagaimanapun mencatat peningkatan - daripada 4,021 pada 2009 kepada 4,133 tahun lalu.

Bagi mereka yang berkahwin, jumlah yang memilih pasangan daripada bangsa atau etnik lain tahun lalu merupakan yang tertinggi pernah dilihat dalam sejarah negara.

Sebanyak 3,550 perkahwinan tahun lalu adalah 'kahwin campur', berbanding 3,474 yang dicatatkan pada 2009.

Trend serupa turut dilihat di kalangan perkahwinan orang Islam - dengan 1,378 perkahwinan 'kahwin campur' direkodkan tahun lalu berbanding 1,318 pada 2009.

Jumlah perkahwinan membabitkan remaja Islam juga semakin berkurangan.

Sebanyak 1.6 peratus pengantin lelaki Islam dan 6.6 peratus pengantin wanita Islam tahun lalu berusia 20 tahun ke bawah - berbanding 4.3 peratus dan 15.5 peratus pada tahun 2000.

Perangkaan DOS juga menunjukkan pasangan Singapura, termasuk pasangan Islam, kian lewat mendirikan rumah tangga.

Usia purata lelaki bukan Islam yang berkahwin kali pertama meningkat daripada 30.2 tahun pada 2009 kepada 30.4 tahun, tahun lalu, manakala usia purata wanita bukan Islam naik dari 27.7 kepada 28 tahun.

Pasangan Islam juga kahwin pada usia lebih tua - usia purata lelaki Islam naik daripada 27.8 kepada 28.1 tahun dan usia purata wanita Islam naik daripada 25.7 kepada 25.8 tahun.

Secara keseluruhan, bilangan perceraian dan pemansuhan perkahwinan meningkat, daripada 7,386 pada 2009 kepada 7,405 tahun lalu.

Namun di kalangan pasangan Islam, bilangan perceraian turun kepada 1,626 tahun lalu - pengurangan yang keempat sejak jumlah tertinggi 1,944 dicatatkan pada 2006.

Rekod perceraian di antara 54 pasangan muda Islam di bawah usia 25 tahun, tahun lalu juga adalah yang terendah sejak 2000.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular