Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 23 Jun 2011

'Kami sedia terima apa saja hukuman'

IMBAS: Sumpah laknak yang dilangsungkan disebuah masjid di Kuala Lumpur, tidak berapa lama dahulu.



KUALA LUMPUR - ''Kami lakukannya demi untuk tegakkan kebenaran. Oleh itu, kami sedia terima apa sahaja hukuman,'' kata Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai tuduhan yang bakal dihadapi oleh Trio Datuk 'T' di Mahkamah Majistret di sini pagi esok.

''Adakah salah apa yang kami lakukan ini? Anwar Ibrahim seolah-olah mahu kami dihukum sekeras-kerasnya. Siapa yang sepatutnya dihukum, beliau atau kami?"

''Kami mendedahkan salah laku pemimpin seperti beliau (Anwar), apakah itu salah? Jika beliau mahu kami dihukum sekeras-kerasnya, maka tiada siapa pun selepas ini yang akan berani ke hadapan untuk menyatakan kebenaran,'' katanya di sini hari ini.

Dua lagi Datuk 'T' yang akan dihadapkan ke mahkamah yang sama ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Anwar dalam kenyataannya kepada portal berita pembangkang, Malaysiakini semalam berkata, dia tidak yakin Trio Datuk 'T' itu akan dihukum keras oleh mahkamah.

Menurut Shazryl, jika dikaji secara mendalam mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan pun apabila mendedahkan perbuatan buruk Anwar itu.

''Kami hanya menayangkan kepada sekumpulan wartawan terpilih sebagai usaha terakhir mendedahkan 'rahsia' Anwar yang selama ini dijunjung tinggi oleh pembangkang sebagai pemimpin bersih.

''Anwar tidak boleh sama sekali bandingkan apa yang kami lakukan itu dengan perbuatan terkutuknya,'' katanya.

Kira-kira pukul 8 pagi 24 Jun ini (hari ini), Trio Datuk 'T' itu akan didakwa berhubung isu penayangan video seks membabitkan seorang pemimpin yang dikatakan mirip Anwar bersetubuh dengan pelacur China.

Mereka bertiga difahamkan akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Eskay telah bersumpah di dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur bahawa pelaku seks itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah pihak polis dan pakar antarabangsa turut mengesahkan kesahihan rakaman video seks itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular