Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 23 Jun 2011

Kes perceraian pengacara tv Zakiah Anas

Zakiah Anas.





PETALING JAYA – Kemelut rumah tangga pengacara televisyen, Zakiah Anas dan suaminya, Mohamad Yusof Taib belum menampakkan jalan penyelesaian walaupun telah menjalani proses perbincangan hakam yang dilantik pihak masing-masing pada perbicaraan lalu di Mahkamah Rendah Syarie, di sini.

Malah ketika prosiding tertutup yang bermula kira-kira jam 10.20 pagi semalam, berlaku kekecohan di luar mahkamah membabitkan keluarga Zakiah dan Mohamad Yusof.

Difahamkan, ia berpunca kerana kes terbabit berlarutan hampir dua tahun tanpa penyelesaian kerana Mohamad Yusof enggan menceraikan Zakiah walaupun wanita itu nekad berpisah.

Berikutan kegagalan perbincangan dengan hakam sebelum ini, Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad melantik secara rasmi peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie, sebagai wakil hakam Zakiah dan Imam Kampung Johan Setia, Klang, Tuan Mohd Zamani Tuan Ahmad mewakili Mohamad Yusof.

Beliau menetapkan 25 Julai depan untuk pembentangan laporan hakam sebelum mahkamah memberi keputusan sama ada bercerai secara baik atau khuluk (tebus talak).

Zakiah pernah menfailkan permohonan cerai sebanyak dua kali, iaitu kepada fasakh dan taklik sebelum menarik semula permohonan pada 1 September 2009.

Serentak dengan penarikan itu, Mohamad Yusof turut menarik permohonan kembali taat dan nusyuz dan pada Januari 2010, Zakiah sekali menfailkan cerai secara baik dan berlanjutan sehingga kini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular