Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 20 Jun 2011

Ketua Puteri Jerlun nafi khalwat





JITRA - Ketua Puteri Jerlun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam atas tuduhan berkhalwat dengan Setiausaha UMNO bahagian itu, Jasmi Muhd Ismail, 47, di Taman Tunku Sarina di sini, bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, Yusmawati Yaacob, 31, didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung dan bersembunyi bersama Jasmi, di rumahnya di Lot 807 Jalan Liana 5, Taman Tunku Sarina di sini, jam 1.20 pagi pada 11 Mei lalu.

Bagi pertuduhan itu, Yusmawati didakwa mengikut Seksyen 9 (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala Jasmi di dakwa mengikut Seksyen 9 (1) enakmen sama kerana berkhalwat.

Yusmawati berbaju kurung putih dan tudung berbunga merah manakala Jasmi berkemeja putih berserta seluar berwarna gelap kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka di depan Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Shukri Zakaria, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular