Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 23 Jun 2011

'Kualiti, keselamatan produk kosmetik tiada kompromi'

Dato Paduka Haji Abdul Salam merasmikan mesyuarat dua hari yang disertai oleh sekitar 120 peserta dari negara-negara anggota ASEAN di Gadong, semalam.





BANDAR SERI BEGAWAN - Perintah Kosmetik ASEAN (ACD) mula dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari 2011 yang bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara anggota ASEAN bagi menghapuskan sekatan bukan cukai perdagangan bagi produk-produk kosmetik.

Namun begitu, dalam keghairahan untuk menghapuskan sekatan teknikal perdagangan berkenaan yang diketengahkan oleh peraturan, keselamatan dan kualiti produk-produk kosmetik yang dipasarkan di pasaran ASEAN tidak harus dikompromi.

Penekanan itu dibuat oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dato Paduka Haji Abdul Salam Abdul Momin ketika berucap di Perasmian Mesyuarat Jawatankuasa Kosmetik ASEAN (ACC) ke-16 yang berlangsung di Gadong, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Dato Paduka Haji Abdul Salam mengalu-alukan inisiatif yang diambil dalam pelaksanaan Pemantauan Lepas Pemasaran (PMS) di mana beliau menyeru supaya pihak autoriti kawalan, agensi penguatkuasaan dan industri kosmetik akan bekerjasama serta memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa hanya produk-produk kosmetik yang diiktiraf sahaja dipasarkan.

Mereka juga diseru untuk memastikan bahawa produk-produk kosmetik berkenaan adalah berkualiti, selamat dan mempunyai kesan kepada pengguna seperti yang didakwa dalam pemasaran produk itu.

Bagi mencapai hasrat itu, Dato Paduka Haji Abdul Salam menyarankan supaya PMS akan dapat diperkukuhkan lagi menerusi perkongsian maklumat mengenai produk-produk kosmetik yang tidak selamat melalui Sistem Amaran PMS ASEAN dan rangkaian makmal ujian.

Kaedah ujian kosmetik bersepadu adalah amat penting dalam PMS untuk mengesan produk-produk kosmetik yang tidak selamat yang mengandungi bahan campuran yang tidak dibenarkan dalam produk-produk kosmetik seperti Hydoquinone dan merkuri bagi produk pemutih dan tahap besi berat yang tidak selamat serta bahan steroids yang memberi ancaman kepada kesihatan orang awam.

Oleh itu, beliau menekankan lagi bahawa adalah amat penting bagi negara-negara anggota ASEAN untuk membangunkan kepakaran teknikal menerusi kerjasama dan pembangunan kapasiti untuk menyokong penubuhan rangkaian makmal berkenaan.

Mengulas mengenai prinsip utama penyatupaduan Kawalan Kosmetik ASEAN, Dato Paduka Haji Abdul Salam berkata bahawa pemberian maklumat yang mencukupi kepada pengguna adalah amat penting dan oleh itu, beliau amat mengalu-alukan usaha yang sedang dilaksanakan oleh ACC untuk menghasilkan Buku Paduan Maklumat Pengguna ASEAN bagi Penggunaan Selamat Produk-Produk Kosmetik.

Beliau menerangkan bahawa dengan adanya buku panduan itu, pengguna akan mendapat maklumat yang berguna mengenai produk kosmetik supaya mereka dapat membuat keputusan bijak mengenai jenis produk dan juga cara penggunaan betul produk-produk kosmetik berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular