Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 5 Jun 2011

Lelaki perlu periksa payudara




BESUT - Golongan lelaki diingatkan supaya tidak memandang remeh penyakit kanser payu dara kerana rekod menunjukkan kira-kira satu peratus golongan itu kini diserang penyakit tersebut, dan mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Timbalan Pengarah Kanan HUSM, Dr Nik Min Ahmad berkata, tanggapan kanser payudara hanya menyerang wanita adalah meleset kerana hakikatnya, mereka juga sebenarnya berisiko diserang penyakit sama.

Menurut, kanser payudara menjadi penyakit utama dalam kalangan wanita di Kelantan, Terengganu, Kedah dan sebahagian Pahang yang menerima rawatan di Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi HUSM.

“Namun, lelaki diingatkan tidak memandang remeh penyakit ini dan mereka juga perlu mendapatkan rawatan segera jika mengesan keganjilan, terutama benjolan pada puting payudara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kehidupan Selepas Kanser Kali ke 7 di Bukit Keluang Beach Resort di sini.

Nik Min berkata, kesedaran pesakit kanser untuk mendapat rawatan awal di HUSM semakin tinggi berbanding sebelum ini, apabila lazimnya pesakit terlebih dahulu menemui dukun dan setelah parah, baru merujuk ke hospital.

Menurutnya, pesakit kanser mempunyai harapan besar untuk sembuh dengan syarat mereka perlu segera mendapatkan rawatan awal di hospital, terutama ketika kanser peringkat satu.

“Rekod di HUSM menunjukkan, wanita paling ramai menghidap barah payudara diikuti barah usus, paru-paru dan pangkal hidung manakala lelaki pula paling ramai menghidap barah usus dan paru-paru,” katanya.

Sementara itu seminar terbabit turut mengumpulkan bekas pesakit barah yang menerima rawatan di HUSM yang berkumpul bagai satu keluarga, pada tahun ketujuh ia dilaksanakan kali ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular