Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 19 Jun 2011

Maahad: merekrut belia militan Jemaah Islamiah ?

Bahagian hadapan maahad.




SEREMBAN – Selepas pendedahan mengenai sebuah maahad di negara ini yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), gerakan yang sama itu juga dikatakan aktif mempengaruhi belia seawal usia 16 tahun di beberapa sekolah agama dan maahad di Negeri Sembilan.

Lebih memeranjatkan, belia yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah agama di negeri ini turut dihasut membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad bagi menegakkan negara Islam.

Antara modul yang diajar gerakan haram yang dipercayai beroperasi sejak beberapa tahun lalu adalah kaedah dan persiapan untuk menyertai perhimpunan haram.

Gerakan haram itu dipercayai ‘dibawa masuk’ oleh golongan guru sekolah dan maahad terlibat.

Menurut seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 18, gerakan itu cuba menarik seramai mungkin pelajar menyertai kumpulan usrah.

Katanya, mereka kemudian secara halus menerapkan unsur-unsur jihad bagi menegakkan negara Islam ke dalam pemikiran pelajar.

“Lebih membimbangkan, pelajar-pelajar yang cemerlang turut terpengaruh dengan ideologi gerakan haram itu,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Media dalam laporan eksklusif semalam menyiarkan kegiatan sebuah maahad yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin JI di Indonesia, Abu Bakar Bashir yang dikenali sebagai Salafiah Jihadiah.

Pelajar-pelajar yang direkrut di maahad itu dipercayai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Dalam pada itu, tinjauan wartawan di sebuah maahad yang dipercayai menjalankan kegiatan tersebut di Kuala Pilah hari ini mendapati, terdapat beberapa individu berada di kawasan maahad sedang menunggu untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Ahmad dalam pada itu mendakwa terpengaruh dengan gerakan tersebut selepas diajak oleh seorang rakan untuk menyertai kumpulan usrah di sekolahnya pada tahun 2009.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular