Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 23 Jun 2011

Majalah Islam dalam talian S'pura dilancarkan




SINGAPURA - WADAH media baru yang semakin berkembang pesat telah mendorong sebuah pusat pendidikan di sini menghasilkan majalah dalam talian dengan menyediakan maklumat dan perbincangan khas mengenai Islam.

Pusat pendidikan SimplyIslam.sg melancarkan majalah MuzlimBuzz.sg itu bagi memenuhi keperluan bahan bacaan yang lebih kritikal mengenai ehwal Islam dalam bahasa Inggeris di Singapura dan rantau ini.

'Idea bagi menerbitkan Muzlimbuzz.sg ini timbul kerana terdapat kekurangan media Islam dan wadah bagi perbincangan tentang ehwal Islam di Singapura dan rantau ini, khususnya dalam bahasa Inggeris,' kata pengarah urusan SimplyIslam.sg, Encik Mohamed Nassir Abdul Sukkur, ketika ditemui di pejabatnya di Still Road, baru-baru ini.

Encik Nassir, 40 tahun, berkata Muzlimbuzz.sg bukan sahaja bertujuan memupuk kesedaran tentang isu-isu agama, malah mengenai isu-isu ehwal semasa yang menjejas masyarakat Islam.

Majalah yang dilancarkan buat pembaca Singapura awal bulan lalu itu turut memuatkan komentar dan rencana mengenai gaya hidup sihat tetapi 'menerusi lensa orang Islam'.

Bahkan, beliau sudah pun mempunyai rancangan mendekati pembaca di rantau ini, termasuk di Indonesia dan Malaysia.

'Menerusi media sosial yang kian berkembang, kami menjangkakan dapat mendekati para pembaca di rantau ini sebelum akhir tahun depan, insya-Allah,' kata Encik Nassir, yang pernah disenaraikan sebagai antara 500 Muslim paling berpengaruh di dunia sebanyak dua kali berturut-turut bagi 2009 dan tahun lalu.

Editor Muzlimbuzz.sg, Cik Ameera Begum Mohamed Aslam, 23 tahun, pula berkata pelbagai acara akan diadakan untuk mempromosikan laman tersebut.

'Untuk menarik minat terhadap MuzlimBuzz.sg, kami akan memanfaatkan pengalaman pengurusan acara SimplyIslam untuk menganjurkan acara-acara seperti forum,' kata Cik Ameera.

Sebagai permulaan, Muzlimbuzz.sg akan mengadakan forum mengenai krisis politik di Timur Tengah dan kesannya ke atas masyarakat Islam di Asia.

Forum tersebut menjemput mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed, dan zamil Universiti Warwick, Britain, Dr Hisham Hellyer, sebagai ahli panel.

Bertajuk 'The State We Are In: The Middle East Turmoil, Islam & Muslims', forum itu akan dianjurkan pada 8 Julai ini di Auditorium Singapore Post di Paya Lebar pada 8 malam.

Satu pertandingan menulis esei dalam bahasa Inggeris untuk pelajar madrasah juga sedang dalam perancangan, tambah Cik Ameera.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular