Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 13 Jun 2011

Memalukan: Bercium, berpelukan ditempat awam

Aksi dua pasangan di Taman Tasik Shah Alam.




SHAH ALAM - Keindahan taman tasik berhadapan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, dicemari gelagat beberapa pasangan kekasih yang tanpa segan silu melakukan aksi manja di tempat awam.

Pasangan yang asyik bercinta itu berpelukan dan berciuman di kerusi rehat yang disediakan untuk orang awam.

Telatah merpati dua sejoli terbabit diperhatikan orang awam di kawasan itu, tetapi ia tidak diendahkan pasangan terbabit.

Menurut pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 37, dia terkejut melihat telatah mereka kerana ia tidak boleh diterima masyarakat Melayu yang kaya nilai budaya timur.

“Walaupun jika mereka sah sebagai suami isteri sekalipun, ia tidak bermaksud mereka sewenang-wenangnya boleh melakukan aksi tidak senonoh di tempat awam,” katanya ketika ditemui di sini.

Status pasangan terbabit sama ada berkahwin mahupun bujang tidak diketahui. Namun, rata-rata pengunjung menggeleng kepala melihat aksi mereka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular