Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 23 Jun 2011

Padah ikut perasaan cemburu





GEORGETOWN - Akibat mengikut perasaan, seorang suri rumah didapati bersalah mencederakan seorang wanita yang didakwa mengganggu suaminya.

Noor Shahrizat Yusoff, 31, didapati bersalah memukul kepala dan menarik rambut Masyitah Haron, 37, di pejabat mangsa, Menara MAA, Jalan Argyll dekat sini, kira-kira jam 11.45 pagi, 4 Ogos tahun lalu.

Menurut fakta kes, Noor Shahrizat mengunjungi Masyitah di pejabatnya dan seperti biasa disambut sebagai tetamu sebelum tertuduh memukul kepala dan menarik rambut mangsa sehingga mendatangkan kecederaan.

Mangsa ketika itu hanya mampu mempertahankan dirinya daripada dipukul tertuduh dan membuat laporan polis selepas kejadian berkenaan.

Noor Shahrizat yang berbaju hitam dan berseluar ketat pada mulanya tidak memahami fakta kes yang dibaca kepadanya walaupun jurubahasa mengulanginya sebanyak tiga kali.

Namun selepas Majistret, Noor Aini Yusof menerangkan semula fakta kes itu, dengan tenang Noor Shahrizat mengangguk menandakan faham dan mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan.

Noor Aini kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap tertuduh dan jika gagal, boleh dikenakan tiga bulan penjara.

Pertuduhan dibaca oleh Timbalan Pendakwa Raya, S Selvaranjini.

Tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah mengurangkan hukuman kerana anaknya sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara satu tahun atau denda RM2,000 jika sabit kesalahan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular