Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 20 Jun 2011

PAS Kedah gugurkan Mahfuz Omar dan Taib Azzamuddin

Mahfuz Omar.





ALOR SETAR - Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamudden Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III Pas Kedah bagi penggal 2011/2013.

Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan Pas negeri di Kompleks Pas Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam tadi.

Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tempat mereka masing-masing digantikan oleh Exco Kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Md Isa Shafie.

Anggota Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I manakala jawatan setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya negeri turut berubah.

Jawatan-jawatan itu diisi oleh Pegawai Khas (Penerangan) Menteri Besar, Musoddak Ahmad, Exco Pertanian Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan bekas Setiausaha PAS Kedah, Senator Yusuf Husain.

Musoddak mengambil alih jawatan Setiausaha Pas negeri daripada Senator Yusuf yang dilantik Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah manakala Ir Amiruddin dilantik bendahari menggantikan Exco Agama dan Pelajaran Datuk Taulan Mat Rasul.

Azizan berkata, jawatan ketua Penerangan Pas Kedah yang sebelum ini disandang Ir Amiruddin diserahkan kepada Setiausaha Politik beliau, Mohamad Sanusi Md Nor manakala penolong setiausaha diisi wakil Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Kedah, Aizat Zakaria.

"Perubahan ini dibuat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 supaya sesuai dengan perubahan peringkat Pas Pusat pada muktamarnya awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan Bank Islam Thailand di Seri Mentalon di sini, hari ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular