
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mendakwa kegagalan beliau mempertahankan jawatan itu adalah disebabkan oleh kehendak perwakilan yang mahukan pemimpin yang lebih vokal.
Selain itu beliau juga tidak menolak kemungkinan wujud pecah undi dalam pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan berkenaan.
"Saya menerima keputusan yang dibuat oleh perwakilan dan kita menghormati proses demokrasi yang berlaku dalam parti. Jadi benda ini (kekalahan) bukanlah benda yang baru dalam mana-mana pertandingan, jadi kita terima dengan hati terbuka.
"Pertandingan tiga penjuru ini juga bukan sesuatu yang baru dan kemungkinan pecah undi tu berlaku,” katanya mengulas mengenai keputusan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan Pas ke-57 di sini hari ini.
