Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 4 Jun 2011

Pasangan berbogel dalam kereta diberkas




SUNGAI PETANI – Bertindak atas maklumat, sepasukan 11 penguat kuasa Agama Daerah Kuala Muda berjaya menyelesaikan misteri kenderaan yang diletakkan di lorong gelap berhampiran rumah kosong Jalan Pegawai, Sungai Petani.

Pegawainya, Zaiferi Zainul Abidin berkata, setelah membuat pemantauan pada jam 11.30 malam, didapati sebuah kereta Proton Wira dengan enjin dimatikan diletakkan di lorong gelap dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, ketika diserbu, didapati pasangan lelaki dan perempuan yang berada dalam kenderaan itu tidak berpakaian selain cuba menghidupkan enjin kereta untuk melarikan dari dari penguat kuasa.

“Apabila diperiksa didapati sepasang lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa pakaian dengan pintu dikunci,” katanya.

Menurutnya, apabila disapa oleh penguat kuasa, pasangan yang terkejut cuba melarikan diri dengan menghidupkan enjin namun terbabas ke dalam kawasan semak dan longkang sejauh 150 meter dari lokasi asal.

“Kenderaan itu akhirnya terhumban ke dalam longkang menyebabkan kedua-duanya yang berusia 21 tahun dapat ditahan sebelum dikepung oleh penguat kuasa dan penduduk kampung.

“Mereka boleh ditahan di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 (EKJS88) kerana bersekedudukan, bersembunyi bersama wanita bukan mahram atau berdua-duaan dalam kereta di tempat sunyi waktu siang atau malam.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular