Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 22 Jun 2011

Pelajar lari ikut teman lelaki diberkas





POKOK SENA - Hasrat seorang pelajar perempuan tingkatan empat untuk melarikan diri bersama teman lelakinya tidak kesampaian apabila pasangan terbabit ditahan dalam sebuah rumah di Taman Ambar, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bergegas ke rumah suspek selepas menerima aduan bapa pelajar terbabit mengenai kehilangan anak gadisnya.

Difahamkan, pelajar terbabit dipercayai sudah tiga kali melarikan diri mengikut teman lelakinya berusia 18 tahun, bagaimanapun dia pulang semula ke rumah keluarganya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

“Kami menerima aduan bapa pelajar terbabit kira-kira tiga hari lalu berhubung kehilangan anak perempuannya berusia 16 tahun yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di Pokok Sena.

“Bapanya memberitahu anaknya itu dipercayai mengikut teman lelakinya berusia 18 tahun yang bekerja sebagai pemasang jubin sebelum serbuan dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima ke atas rumah suspek,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihaknya mendapati pelajar terbabit dan teman lelakinya berada dalam rumah suspek.

“Dia (pelajar) dan suspek berkurung dalam biliknya selain dipercayai cuba melarikan diri pada keesokan harinya. Siasatan lanjut juga menemui sepucuk pistol tiruan dalam bilik suspek lalu mereka ditahan dan dibawa ke IPD Kota Setar untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, suspek yang tinggal bersama keluarga sering membawa pulang pelajar perempuan itu ke rumahnya berdasarkan laporan bapa mangsa.

“Suspek dan pelajar perempuan terbabit kini direman sehingga hari ini. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular