Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 22 Jun 2011

Perkahwinan: Marsha Tipu Rakyat Malaysia




KUALA LUMPUR - “Saya mohon maaf kepada pembaca media di Malaysia dan peminat dengan kenyataan dikeluarkan semalam kononnya saya sudah berkahwin dan sengaja merancang satu kejutan atau gimik.

“Semua itu salah faham dan tindakan langsung tidak disengajakan,” kata Marsha Milan Londoh bagi memperjelaskan kenyataannya dalam media semalam yang dia berkahwin sehingga ada pihak beranggapan dia sengaja menimbulkan kontroversi.

Penyanyi berusia 26 tahun yang berasal daripada Sabah itu menyifatkan kenyataannya itu sesuatu yang tidak dirancang dan bukan niatnya.

Marsha bagaimanapun mengakui ada membuat beberapa kenyataan di laman sosial peribadi Twitter miliknya hingga membuatkan pihak media dan peminat tertanya-tanya statusnya. Malah sebelum itu, penyanyi berketurunan Dusun dan beragama Kristian itu menyatakan yang gambarnya lengkap dengan busana pengantin menarik minat banyak pihak mengetahuinya.

Hakikatnya, semua itu hanya babak dalam muzik video lagu barunya berjudul Bila yang menjalani penggambaran di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong Ahad lalu.

“Saya benar-benar tidak menyangka perkara ini menjadi isu besar kerana ia hanya satu penggambaran muzik video yang mengisahkan saya menjadi seorang pengantin.

“Namun bukan niat saya membuat gimik atau mengatur kejutan buat semua pihak kerana jika difikirkan semula, gambar di sebalik tabir pembikinan muzik video itu terlebih dulu dimuat turun di laman sosial Facebook. “Justeru saya menafikan beberapa kenyataan dan dakwaan dalam beberapa blog yang kononnya saya sengaja ingin membuat kejutan tapi ia tidak menjadi,” katanya. Pelakon drama siri Kum Kum The Series itu bagaimanapun menyifatkan perkara yang berlaku ini satu pengajaran buatnya buatnya sebagai seorang selebriti.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular