Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 24 Jun 2011

'Pesawat papa terhuyung-hayang'

Nur Ilyani (dua dari kanan) menenangkan neneknya sebelum jenazah disembahyangkan, malam tadi.



KUALA LUMPUR - “Mama nampak pesawat papa terhuyung-hayang sebelum terhempas,” kata Nur Ilyani Zakaria, 29, anak kedua Allahyarham Kolonel (B) Zakaria Salleh, 57, yang terkorban dalam nahas pesawat di Padang, Sumatera, Indonesia, kelmarin.

Nur Ilyani yang juga anak kedua daripada lima beradik itu berkata, arwah bersama ibunya pergi ke Padang dari Melaka kira-kira jam 2 petang kelmarin.

“Sebaik mama melihat keadaan pesawat yang dipandu papa itu, dalam hati mama terdetik akan kejadian itu kerana mama sering mendengar cerita daripada rakan mengenai keadaan pesawat sebelum terhempas.

“Mama sangat terkejut dengan kejadian itu. Selepas terhempas saya difahamkan papa diberi bantuan kecemasan dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Surau Nur As-Sobirin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini.

Nur Ilyani yang juga seorang setiausaha berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa bapanya selepas mendapat panggilan daripada ibunya pada hari kejadian.

Sementara itu, anak ketiga Allahyarham, Hafedz, 27, berkata walaupun masih terkejut, mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang bapa penyayang dan sering memberi semangat kepada kelima-lima anaknya.

Beliau yang bekerja di Kedah memberitahu kali terakhir bertemu bapanya pada minggu lalu ketika sambutan Hari Bapa.

“Papa ajak kami sekeluarga makan bersama-sama di The Curve, Damansara. Pada hari itu papa gembira sangat, tetapi sedikit keletihan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular