Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 22 Jun 2011

Polis tidak sembunyikan fakta kes culik di Serdang





KUALA LUMPUR - Polis menafikan pihaknya menyembunyikan fakta sebenar kes culik melibatkan lima lelaki di Serdang, Selangor pada April lalu seperti yang didakwa Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dalam laman blognya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan secara terperinci dan menyeluruh berhubung kes tersebut.

Beliau menjelaskan, keterangan-keterangan yang dirakam pihaknya tidak dapat membantu siasatan termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian yang kabur.

Katanya, saksi-saksi awam yang melihat kejadian itu juga tidak dapat membantu siasatan polis.

"Tindakan mengesan semua lokasi hentian kenderaan yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian juga telah dibuat namun tiada saksi dapat membantu siasatan polis.

"Oleh itu, kita memohon kerjasama dan bantuan orang awam yang melihat atau mengetahui kejadian tampil membantu siasatan polis," katanya di sini, hari ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular