Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 19 Jun 2011

Produk makanan dari Taiwan tercemar




KUANTAN - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan produk makanan Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ini berdasarkan analisis yang dijalankan kementerian ke atas dua produk makanan itu.

"Bagaimanapun satu lagi produk iaitu Natural Beauty Drink Powder tidak dicemari DEHP dan sehubungan itu, saya menasihatkan produk Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder dihentikan penjualannya serta-merta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat MCA Bahagian Kuantan di sini hari ini.

Beliau turut menasihati pengguna yang telah membeli produk makanan tersebut supaya tidak memakannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan sampingan.

Akhbar semalam melaporkan beberapa produk dari Taiwan dipercayai tercemar dengan bahan kimia DEHP termasuk produk keluaran Chuang”s King Tai Chang Food Co. Lt. Taiwan yang diimport oleh Nguan Seng Sdn Bhd, dan Natural Beauty Drink Powder dan Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder keluaran Prince Pharmaceutical Co. Lt. yang diimport oleh Billion Synergy Sdn Bhd.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular