Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 17 Jun 2011

Remaja wanita mati lemas




BESUT – Kegembiraan seorang remaja wanita yang datang berkelah bersama rakannya di kawasan perkelahan Lata Tembakah, Hulu Besut di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia lemas ketika mandi manda di kawasan rekreasi itu.

Sarmiela Mohamed, 20, yang berasal dari Kampung Keluat, Tanjung Pauh, Bachok, Kelantan dikatakan tergelincir ke dalam lubuk ketika sedang bermain air di tingkat tiga, kawasan perkelahan itu kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata, mangsa sebelum itu tiba di kawasan perkelahan itu kira-kira jam 11.30 pagi dan terus memasak makanan yang dibawanya bersama rakan-rakannya yang lain.

"Bagaimanapun kira-kira pukul 2 petang, mangsa yang tidak tahu berenang dilaporkan bermain air di satu lokasi berdekatan bersama seorang rakan perempuannya sebelum kedua-duanya tergelincir lalu jatuh ke dalam air,” katanya ketika dihubungi.

Rakan Sarmiela berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian, namun mangsa dilaporkan telah hanyut ke dalam lubuk.

Mayatnya berjaya dikeluarkan setengah jam kemudian dengan bantuan orang ramai dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) sebelum dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular