Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 23 Jun 2011

Rogol: Rayuan dibatal, lelaki dipenjara, sebat





KOTA BHARU - Kegagalan mendapatkan khidmat peguam di peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi di sini menyebabkan seorang lelaki terpaksa menerima hakikat akan menjalani hukuman penjara 15 tahun mulai hari ini, selain sebatan enam kali atas kesalahan merogol.

Hakim Azman Abdullah memerintahkan demikian ke atas Supian Shaari setelah beliau membatalkan rayuan lelaki itu terhadap hukuman dan sabitan berkenaan.

Beliau memutuskan demikian selepas Supian gagal mendapatkan khidmat peguam meskipun kes itu telah disebut beberapa kali.

Supian sebelum ini mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Dasuki Ali yang menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan sebatan enam kali terhadapnya atas kesalahan merogol.

Supian disabitkan bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 22 tahun empat bulan ketika kejadian, dengan seorang lagi yang masih bebas antara pukul 11.30 malam, 28 Ogos 2008 dan pukul 1 pagi keesokan harinya.

Supian didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kereta nombor pendaftaran BCH 7757, jenis Proton Saga dalam kawasan Ladang Kelapa Sawit Bukit Akim, Kuala Krai, di sini.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular