Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 17 Jun 2011

Singapura sahkan Kehalalan mentega

Syarikat pengeluar Golden Churn Australian Pure Creamery Butter menegaskan produk ini halal dan mendapat pensijilan halal daripada tiga badan Islam.



SINGAPURA - PRODUK mentega popular, Golden Churn Creamery Butter, yang sering digunakan untuk membuat kuih dan biskut oleh masyarakat Muslim di sini sememangnya halal, kata Pengarah Urusan New Zealand Islamic Meat Management Ltd (NZIMM), Dr Haj Mohammed Abdel-Al.

Menyatakan demikian kepada wartawan semasa dihubungi menerusi panggilan jauh semalam, Dr Haj Mohammed berkata dakwaan bahawa produk mentega itu mempunyai kandungan babi 'benar-benar tidak betul'.

'Produk ini dihasilkan sepenuhnya daripada susu lembu. Lembu tetap lembu. Tidak ada cara untuk anda merubahnya daripada A kepada Z.

'Ia bermula dari ladang dengan lembu-lembu yang diternak menghasilkan susu sebelum ia dibawa ke loji di New Zealand untuk pemprosesan menghasilkan mentega.

'Tempat pemprosesan benar- benar terkawal, terdapat skrin yang menunjukkan setiap aspek pemprosesan dan segalanya dilaksanakan secara automasi. Jadi, adalah sukar seseorang melakukan sesuatu bagi mengubahnya,' terang beliau.

NZIMM merupakan salah satu daripada tiga badan Islam yang mengesahkan kehalalan produk mentega.

Dalam pada itu, syarikat pengeluar mentega tersebut, Ballantyne Foods Pty Ltd, dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 29 April lalu di laman mereka menyatakan 'hanya menggunakan susu bermutu tinggi untuk membuat krim yang menghasilkan mentega'.

'Ramuan yang digunakan adalah susu lembu, pepejal susu (bukan lemak), pelembap dan 1.5 hingga 2 peratus garam.

'Tiada penambahan lain, baik warna mahupun pengawet yang dibenarkan,' kata syarikat pengeluar itu.

Pemeriksaan mendapati produk Golden Churn Creamery Butter disahkan halal oleh tiga badan Islam, iaitu Majlis Ulama Indonesia, Majlis Penyelarasan Islam Victoria (Australia), dan NZ Islamic Meat Management.

Orang ramai yang ingin mendapatkan pengesahan lanjut boleh kunjungi laman Ballantyne Foods Pty Ltd di http://www.ballantyne.com.au/whatsnew.cfm?CID=15

Sebuah jabatan agama negeri di seberang tambak dalam memorandumnya bertarikh 18 Mei lalu menyatakan produk 'Golden Churn Creamery Butter' ini 'mempunyai kandungan babi'.

Menyusuli dakwaan sedemikian, pihak Ballantyne Foods Pty Ltd kini sedang mendapatkan nasihat guaman bagi menghentikan dakwaan sedemikian.

'Saya ingin, sekali lagi, menjamin para pelanggan dan pengguna setia kami bahawa dakwaan-dakwaan sebegini adalah palsu dan produk-produk kami adalah bermutu tinggi dan disahkan halal,' kata Pengerusi Eksekutif K.L. Ballantyne Pty Ltd, Encik Andrew Ballantyne, dalam kenyataannya itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular