Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 22 Jun 2011

Tujuh saluran TV Singapura percuma







SINGAPURA - SYARIKAT penyiaran MediaCorp akan menyiarkan ketujuh-tujuh saluran televisyen kendaliannya secara percuma di Internet menjelang tahun depan.

Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Dr Yaacob Ibrahim, mengumumkan demikian semasa merasmikan pameran Infocomm Media Business Exchange (imbX) yang diadakan di Marina Bay Sands, semalam.

Menurut Dr Yaacob, inisiatif tersebut adalah satu cara baik bagi warga Singapura di luar negara menikmati rancangan-rancangan televisyen tempatan.

'Inisiatif ini satu cara baik bagi warga Singapura yang berada di luar negara mengikuti acara-acara di sini menerusi program-program televisyen tempatan terbaru dan dihiburkan dengan program-program lain yang haknya dimiliki MediaCorp,' ujarnya.

Beliau menambah, MediaCorp akan mengumumkan butiran lanjut tentang khidmat tersebut dalam masa terdekat.

Menurut Dr Yaacob lagi, Penguasa Pembangunan Media (MDA) juga akan melancarkan satu percubaan rangkaian televisyen digital secara meluas di sini, mulai September ini - menjadikan Singapura antara yang pertama di rantau ini berbuat demikian.

Inisiatif tersebut adalah antara usaha Singapura menghentikan penggunaan teknologi analog dan bertukar kepada digital terbaru DVB-T2.

Rancangan Singapura berbuat demikian antara 2015 dengan 2020, kini mengikut jadual - sejajar dengan rangka masa yang ditetapkan Asean.

Televisyen digital menyediakan mutu tontonan lebih baik dan pilihan lebih luas dari segi kandungan dan khidmat televisyen.

Percubaan tersebut dipercayai melibatkan sekitar 700 keluarga dan akan dikendalikan syarikat MediaCorp dengan kerjasama StarHub.

Dr Yaacob menambah MediaCorp bakal menyediakan khidmat interaktif baru secara percuma dan berbayar, menerusi jalur lebar pada separuh akhir tahun ini.

Digelar khidmat 'Over-the-Top' (OTT), ia akan disediakan di pelbagai wadah termasuk televisyen, komputer, alat tablet dan telefon bimbit.

Katanya, khidmat tersebut diusahakan menyusuli drama-drama Internet yang disiarkan di portal xinmsn, yang berjaya menambat hati penonton.

Dr Yaacob juga berkata percubaan 3DTV, atau televisyen tiga dimensi, berjaya memberi hasil memuaskan selepas setahun dijalankan.

Katanya, StarHub, SingTel serta MediaCorp kini mampu menyiarkan kandungan 3D kepada pengguna.

Saluran mioTV SingTel juga barubaru ini berjaya menyiarkan Liga Premier Barclays antara Arsenal dengan Manchester United dalam format 3D.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular