Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 3 Jun 2011

Ustaz tawar diri mahu bantu jejak Dr. Azam

IMBAS: Natrah menunjukkan gambar anaknya Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri yang dilaporkan hilang.





ALOR SETAR - Berita kehilangan seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sejak 18 hari lalu yang didakwa akibat dipukau mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk beberapa orang ustaz yang menawarkan perkhidmatan bagi membawa balik doktor tersebut ke pangkuan keluarganya.

Natrah Shaari, 52, ibu kepada Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri memberitahu, ramai ustaz yang menghubunginya dan datang ke rumah untuk menawarkan bantuan bagi menyedarkan kembali anak sulungnya yang dipercayai dipukau.

"Ada beberapa ustaz yang datang ke rumah dan minta maklumat dan gambar anak saya. Mereka kata akan cuba bantu buang sihir yang menyebabkan anak saya itu tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

"Selain itu, ada juga ustaz yang menghubungi saya untuk menawarkan bantuan sama dan mereka menggunakan perubatan cara Islam dengan cara berdoa dan bacaan ayat al-Quran bagi menyedarkan kembali anak saya," katanya ketika dihubungi wartawan di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular