Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 22 Jun 2011

Video seks: Trio Datuk T akan didakwa Jumaat




KUALA LUMPUR – Trio Datuk T dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat ini berhubung dakwaan membabitkan penayangan video seks seorang lelaki yang dikatakan mirip pemimpin parti pembangkang.

Trio yang terdiri daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu antara lainnya adalah bagi kesalahan menunjukkan secara awam sebarang perkara yang lucah dalam pemilikan mereka.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Maklumat pendakwaan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Shazryl Eskay kepada media melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira pukul 1.08 petang ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular