Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 22 Jun 2011

Wanita Indonesia seludup syabu RM1.4j

Diantara bungkusan dadah yang cuba diseluduk ke Malaysia.





BUKIT MERTAJAM – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang mematahkan cubaan menyeludup sejumlah 5.78 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1.4 juta selepas menahan seorang wanita warga Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, semalam.

Suspek berusia lingkungan 40-an itu tiba dari Ho Chi Minh, Vietnam selepas transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dipercayai kali pertama masuk ke negara ini.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Zulkifli Yahya berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 2.15 pagi hasil pemeriksaan Unit Khas Pemeriksaan Penumpang JKDM di lapangan terbang tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, empat bungkusan lutsinar mengandungi hablur kristal berwarna putih disyaki dadah jenis syabu ditemui dalam ruang khas dua beg yang dibawa wanita tersebut.

“Selepas ditimbang, kandungan empat beg plastik yang dibawa wanita yang mengaku bekerja sebagai jurujual itu didapati seberat 5.788 kilogram dengan anggaran nilai pasaran sebanyak RM1.4 juta.

“Kita masih menyiasat sama ada dadah itu dibawa masuk untuk pasaran tempatan atau disimpan sementara di negeri ini sebelum dihantar keluar kerana jumlahnya agak besar,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Pencegahan JKDM negeri di sini, hari ini.

Zulkifli memberitahu, wanita itu dipercayai memulakan perjalanan dari Indonesia pada 17 Jun lalu dan transit di KLIA sebelum ke Ho Chin Minh dan kembali ke Pulau Pinang.

Tambahnya, suspek kini direman selama 13 hari bermula semalam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

Orang ramai diseru memberi kerjasama kepada JKDM dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan seperti dadah, rokok, minuman keras atau mercun dengan menghubungi Cawangan Penguatkuasaan Narkotik (JKDM) di talian 04-3318920.

Pihak JKDM ujarnya, memberi jaminan setiap identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan ganjaran berbentuk wang tunai akan diberikan bagi setiap maklumat yang berjaya menghasilkan tangkapan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular