Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 21 Julai 2011

2 beradik mangsa simbahan asid jiran cedera parah





MARAN – Dua beradik cedera parah selepas menjadi mangsa simbahan cecair asid oleh jirannya di Felda Kesumba Jengka 9 dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan adiknya, Shafiq Aiman, 10, sedang menunggang basikal ke rumah rakan mereka untuk belajar secara berkumpulan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, suspek yang juga jiran mangsa menyimbah asid yang dipercayai cuka getah ke arah mangsa menyebabkannya cedera parah di muka, mata dan badan.

Berikutan kejadian itu, kata beliau, polis menahan reman seorang lelaki berusia 30-an bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Jenayah yang membawa kecederaan parah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular