Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 19 Julai 2011

Bot karam: 46 PATI nyaris maut

Anggota Maritim Malaysia membantu menyelamatkan warga PATI.






JOHOR BAHRU – Sekumpulan 46 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba menyusup keluar dari negeri ini bernasib malang apabila bot yang mereka naiki karam di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 3.50 pagi itu, kesemua PATI itu turut mengalami detik-detik mencemaskan apabila enjin bot tersebut rosak, lantainya bocor menyebabkan ia tersadai dalam keadaan cuaca buruk.

Bagaimanapun, kesemua PATI berumur 18 hingga 49 tahun itu berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebelum bot itu karam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, bot itu ditemui kira-kira 16.4 batu nautika (30.3 kilometer) dari timur Tanjung Sedili.

“Kesemua mereka ditemui dalam keadaan lemah dan panik. Sebaik sahaja diselamatkan, bot itu mula karam dan mangsa kemudian dibawa ke Jeti Stulang Laut untuk siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati, kesemua 46 PATI lelaki itu dalam perjalanan keluar dari negeri ini ke Batam, Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, tekong bot itu terjun ke laut dan berenang ke pantai berhampiran setelah menyedari bot tersebut akan karam iaitu beberapa jam sebelum PATI berkenaan diselamatkan.

Menurut Zulkifili, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian menimpa bot itu pukul 5.30 petang semalam, tetapi gagal mengesannya kerana cuaca buruk dan hari semakin gelap.

Usaha menyelamat, katanya, disambung awal pagi ini selepas cuaca kembali baik dan berjaya menemui bot tersebut dalam keadaan hampir karam.

Beliau memberitahu, bot yang membawa mereka adalah jenis bot pancung kayu berukuran kira-kira lima meter panjang dan tiga meter lebar dengan menggunakan tiga enjin.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular